About

Hidup kita selalu dikejar masa, penuh dengan rutin dan bunyi yang tak pernah berhenti. Dari situ tercetusnya ilham untuk membina sebuah ruang kecil bernama Antara Jeda tempat di mana setiap orang boleh berhenti sebentar, menarik nafas, dan kembali tenang. Bagi kami, kopi bukan hanya tentang rasa. Ia tentang momen yang mengikat manusia — berbual dengan sahabat, menulis idea, atau sekadar duduk sendiri sambil menikmati detik sunyi.
.
Di sinilah jeda dicipta — bukan sekadar berhenti, tapi ruang untuk menghargai hidup dalam bentuk paling sederhana.

Our MissioN

Menjadi ruang singgah untuk jiwa yang perlukan rehat dari kesibukan

Mencipta suasana tenang yang menghubungkan manusia, cerita, dan komuniti.